BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 3 Disember 2009

JENIS-JENIS FAKTOR PERTANIAN

Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui perkebunan, penanaman, pertenakan dan perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Pengkajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian sementara amalan berkait iaitu perkebunan dipelajari dalam hortikultur.

Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membuat terusan air dan lain-lain bentuk pengairan. Penanaman tanaman dan penternakan haiwan kekal sebagai asas pertanian. Akhir-akhir ini terdapat perbezaan di antara pertanian mampan (seperti pertanian organik) dan pertanian intensif (seperti pertanian untuk industri).

Agronomi (sains atau ilmu pertanian) moden, pembakaan tanaman, racun serangga dan baja, serta peningkatan teknologi telah membawa kepada peningkatan dalam hasil tanaman dan pada masa yang sama kerosakan ekologi dan kesan buruk kepada kesihatan manusia. Dalam penternakan intensif babi contohnya, menyebabkan peningkatan pengeluaran daging tetapi memberi kesan kepada kesihatan manusia. Hasil utama pertanian dikelaskan kepada makanan, serat, bahan api, bahan mentah, ubat-ubatan dan rangsangan, dan pelbagai lagi produk eksotik.

Pada tahun 2000an, tumbuhan ditanam untuk bahan api bio, ubat-ubatan bio, plastik bio dan ubatan lain. Pada tahun 2007, satu pertiga daripada pekerja di dunia terlibat dalam pertanian. Walaupun begitu, kepentingan pertanian sudah jatuh sejak permulaan industrialisasi apabila sektor perkhidmatan mengatasi pertanian sebagai sektor yang paling banyak memberi pekerjaan di dunia. Walaupun pertanian melibatkan ramai penduduk dunia, ia hanya menyumbang kepada kurang dari 5% keluaran dunia kasar (iaitu aggregat kepada semua keluaran dalam Negara kasar.

0 ulasan: